
Utusan Malaysia : 07 Februari 2008
Gastarana Eratkan Hubungan Dua Negara
Persamaan elemen-elemen tersebut dapal dilihat menerusi Persembahan Kumpulan Kesenian Bukit Tinggi, Padang, Sumatera Barat yang diadakan di Panggung Eksperimen, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangssan (Aswara), Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Kumpulan Gastarana yang dianggotai 10 ahli termasuklah lima pemuzik dan lima penari telah mempersembahkan tarian, muzik dan lagu selama sejam bagi mewakili persembahan kumpulan kesenian dari negara seberang itu.
Mereka mempersembahkan keindahan pelbagai jenis tarian seperti tarian bergurau, tadan endang, tarian piring dan tarian lilin. Setiap jenis tarian itu menggambarkan atau mewakili sesuatu temasya yang diraikan oleh rnasyarakat tradisional Minangkabau di sana.
Malah ia juga masih ditarikan oleh masyarakat di sana sehinggalah ke hari ini. Tarian piring dan tarian lilin misalnya, menggambarkan tentang suasana keceriaan masyarakat Minangkabau selepas musim menuai padi berakhir.
Lilin dalam konteks liuk lentuk dan gemalai tarian ini secara tidak langsung digunakan sebagai suatu objek penerang serta semangat buat para petani ketika mengharungi suka duka dalam menjayakan aktiviti penanaman padi.
Pada akhir tarian piring menyaksikan para penarinya memecahkan hampir sedozen piring seramik di atas hamparan tikar, lalu mereka memijak-mijak dan menari di atasnya tanpa sedikit pun kecederaan.
Keasyikan tarian-tarian tersebut tambah menarik lagi apabila ia dibuai dengan alunan iringan alat-alat muzik tradisional seperti cak lempong, kompang, gendang dan rebana.
Bagaimanapun, Zami Sofa yang mengetuai pemuzik Gastarana turut menyuntik banyak elemen kontemporari, contohnya dengan memasukkan sentuhan bunyi alat-alat instrumen seperti gitar, dram dan akordian hingga rnenghasilkan adunan muzik yang lebih rancak.
Gabungan unsur tradisional dan kontemporari itu menjadikan lagu-lagu tradisional Minangkabau antara lain mampu bertahan lebih lama selain lebih segar daripada segi susunan lagu dan persembahannya.
Ternyata Gastarana yang ditubuhkan pada 1996 itu bukan sahaja berjaya menghiburkan para penonton tetapi secara tidak langsung ia turut mengeratkan lagi hubungan kebudayaan dan kesenian serumpun antara kedua negara.
Persembahan anjuran Aswara pada malam itu turut disaksikan Rektor Aswara, Datuk Omar Awang yang mengiringi ketua delegasi Kumpulan Kesenian Bukit Tinggi, Padang, Sumatera iaitu Ir'. Fajarudin.. http://kebudayaan.kpkk.gov .my/main/paper/599/
Tidak ada komentar:
Posting Komentar